• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Makaroni Goreng

Makaroni Goreng

Resepi Makaroni Goreng, versi kurang pedas dan sesuai disediakan untuk kanak-kanak dan boleh dijadikan menu utama di majlis hari jadi atau party khas untuk mereka. Buat sesetengah ibu yang dah buntu nak masak pa untuk anak pun boleh cuba resepi ni untuk pelbagaikan menu. Kalau nak pedas, boleh tambah cili kisar.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 10 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 20 minit
Jumlah Hidangan : 6 orang

Bahan-Bahan:

  • 250 gram makaroni
  • 1/3 cawan minyak (boleh guna minyak zaitun)
  • 1 mangkuk kecil daging kisar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1/2 sudu kecil herba oregano
  • 1 sudu kecil Italian herbs
  • capsicum hijau, hiris nipis
  • (boleh juga gunakan mixed vegie
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 4 sudu besar tomato puree
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 biji tomato, potong dadu
  • semangkuk karot, potong dadu)
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Rebus makaroni di dalam air bersama sedikit garam. Angkat, toskan air dan gaul dengan sedikit minyak supaya tidak melekat.
  2. Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama bawang besar sehingga layu.
  3. Masukkan daging kisar dan kacau sehingga daging kering airnya.
  4. Masukkan karot, atau mixed vegie (jika anda guna). Taburkan lada sulah, Italian herbs dan herba oregano.
  5. Masukkan tomato puree, sos cili dan tomato. Kacau sehingga sayur-sayuran lembut dan kemudian masukkan makaroni. Perasakan dengan garam dan sedikit gula secukup rasa.

Tips

  • Bila rebus makaroni, agak-agak supaya makaroni sedikit kurang lembut (al-dente) sebab nanti nak goreng lagi takut makaroni jadi lembik.

© 2013 iResipi.com, · Privacy · Terms, Further inquiries please contact: [email protected]