• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Lasagna Sedap

Lasagna Sedap

Kali ini saya kongsikan resepi Lasagna yang tidak susah sangat untuk disediakan, cuma perlukan bahan yang berkualiti untuk dapatkan rasa yg sedap. Resepi ini menggunakan 3 jenis cheese iaitu keju cheddar, mozarella dan parmesan. Bagi kepingan lasagna pula, memang tidak perlu direbus dahulu jika kita gunakan instant lasagna, cuma kena pastikan sos bolognaise dan sos putih secukupnya untuk melembutkan lasagna semasa proses membakar.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 30 minit | Memasak: 40 minit | Keseluruhan: 70 minit
Jumlah Hidangan : 6 orang

Bahan-Bahan:

  • kepingan lasagna segera, tak perlu rebus
  • parutan keju mozarella, secukupnya
  • serbuk keju parmesan, secukupnya
Bahan untuk sos bolognaise:
  • 300 gram daging atau ayam kisar
  • 379 gram @ 1 jar kecil sos prego traditional
  • 3 sudu besar minyak zaitun extra virgin
  • 1 biji bawang besar kuning, potong dadu kecik
  • 4 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 biji capsicum hijau, potong dadu
  • 6 biji cendawan butang, hiris nipis
  • 1 cawan carot yg dipotong dadu kecil
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk sos putih:
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 keping keju cheddar cheesedale
  • 1 sudu besar serbuk parmesan cheese
  • 1 1/2 cawan fresh milk atau susu full cream
  • lada putih dan garam secukup rasa
  • Nota: guna 3 keping cheese jika tak masukkan keju parmesan

Cara Penyediaan:

Cara untuk masak sos bolognaise:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga lembut, kemudian masukkan bawang putih dan diikuti daging kisar. Kacau sehingga daging kering airnya.
  2. Masukkan serbuk lada hitam, cendawan, dan apabila cendawan sudah layu masukkan pula capsicum, karot dan sos prego. Masak sehingga karot lembut. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Tambahkan air jika kuah kering. Perlu dilebihkan kuah kerana kepingan pasta yang dugunakan adalah yang segera atau kering.
Cara untuk memasak sos putih:
  1. Panaskan 2 sudu mentega dalam periuk kecil. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sebati.
  2. Tuangkan susu dan masukkan cheddar cheese bersama parmesan cheese. Kacau seketika sehingga kuah sedit pekat dan masukkan lada putih seta sedikit garam. Hati-hati bila masukkan garam kerana cheese sudah rasa masin.
  3. Angkat dan sejukkan
Cara untuk membuat lasagna:
  1. Panaskan oven kepada suhu 180°C.
  2. Sapu bekas caserole mentega supaya tidak melekat. Susun kepingan lasagna rapat-rapat.
  3. Kemudian tuang sos bolognese, ratakan. Sendukkan pula sos putih diikuti mozarella dan parmesan cheese.
  4. Ulang semula dengan menyusun kepingan lasagna, sos bolognese, sos putih, mozarella cheese dan sedikit parmesan cheese. Tutup bahagian atas dengan aluminium foil.
  5. Bakar di dalam oven selama 25minit. Kemudian buka aluminium foil dan teruskan membakar sehingga bahagian atas keperangan.
  • 2016-07-05 Momozono Hoshi

    Assalamualaikum akak, nak tanya. Kalau tak masukkan cendawan boleh tak? Sebab sy allergy .. >.<

  • 2016-04-10 Bebyy Fetty

    Sis yg sendukkan sos putih diikuti mozarella dan parmesan chesse tu, berapa banyak nk masukkn?? Pastu tuang sos bolognese ratakan masukan smpai penuh ke separuh??

  • 2016-03-25 Che Nom

    Bahagian paling atas tabur dgn parmesan cheese campur mozarella cheese. Nanti bila cheese tu burn jadi tompok2 brown dah nmpk menarik bg Che Nom. Chop parsley tabur skali pun ok :) Buat masa ni takde buat kelas. Ada apa2 soalan bole tanya kat sini je..insyaAllah mana yg boleh Che Nom akan jawab.

  • 2016-03-25 Suliana

    Kalau sy tabur dengan parmesan cheese ok? Sebelum nie sy hiaskan dengan chop daun parsley tp kurang menarik. Akak ade buka kelas?

  • 2016-03-24 Che Nom

    :) Suliana, taburan cheese dah cukup utk hiasan.

  • 2016-03-24 Suliana

    Terima kasih untuk resepi nie, patutlah selama nie sy buat Lasagna permukaan atas dia keras sebab sy tak tutup dengan aluminium foil. Sy nak tanya, hiasa apa yg sesuai untk ditaburkan atas permukaan Lasagna?

  • 2016-03-16 Che Nom

    Mc Namara, saya dah update dalam resipi. Thanks

  • 2016-03-15 Mc Namara

    Tumpang tanya. Bakar berapa lama. Dan berapa suhu nya. Tq utk resepi 👍🏻👌🏻

  • 2016-01-14 fatma pasha

    kene bakar brape lama ?

  • 2015-12-18 Che Nom

    lada putih serbuk, biasa ada kat kedai


© 2013 iResipi.com, · Privacy · Terms, Further inquiries please contact: [email protected]