• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Lapis Cheese Cracker

Lapis Cheese Cracker

Resipi Lapis Cheese Cracker, yang sungguh mudah tetapi menghasilkan dessert sangat sedap. Che Nom memang pada mulanya agak sangsi dengan hasilnya tetapi bila selesai melapis dan disejukkan semalaman, hasilnya sungguh menakjubkan. Tak sangka apabila biskut menyerap celupan susu bersama lapisan cream cheese, tekstur dan rasanya menjadi cukup seimbang. Resipi diambil dari blog Kak Ina KL. Selamat mencuba.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 0 minit | Keseluruhan: 15 minit
Jumlah Hidangan : 10 orang

Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus biskut Deluxe cracker
  • 250g cream cheese Philadelphia
  • 1/4 tin susu pekat manis
  • serbuk nestum secukupnya
  • 1 kotak kecil susu Full Cream atau Fresh Milk
  • serbuk koko untuk hiasan

Cara Penyediaan:

  1. Putar cream cheese sehingga kembang dan lembut.
  2. Masukkan 4 sudu besar susu, kemudian masukkan pula susu pekat sedikit demi sedikit dan putar sehingga sebati.
  3. Celup biskut dalam susu dan susun di dalam loyang. Che Nom guna loyang berukuran 11"x7".
  4. Susun biskut rapat-rapat dan tuang sedikit adunan cream cheese di lapisan atas dan ratakan. Tabur sedikit nestum dengan sekata.
  5. Selang selikan dengan susunan biskut celup, lapisan cream cheese dan taburan nestum sehingga habis.
  6. Sejukkan dalam peti ais semalaman. Potong empat segi kecil dan tabur degan serbuk koko sebagai hiasan.

Resepi Berkaitan