• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Kuih Siput Rangup

Kuih Siput Rangup

Resipi Kuih Siput, kuih tradisional yang tidak asing lagi buat masyarakat Melayu. Dari zaman nenek dan ibu kita lagi kuih ini sudah terkenal dan digemari ramai. Che Nom gunakan mentega jenama Puteri untuk bancuhan tepung. Mentega sangat penting untuk menjadikan kuih siput rangup dan gebu bila dimakan.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 30 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 40 minit
Jumlah Hidangan : 10 orang

Bahan-Bahan:

  • 500 gram tepung gandum
  • 150 gram majerin
  • 2 sudu besar udang kering
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 1/2 sudu besar serbuk juntan putih
  • 1 biji telur
  • 5 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil garam
  • 150 ml air

Cara Penyediaan:

  1. Goreng bawang putih di dalam sedikit minyak. Goreng pula udang kering di dalam minyak yang sama Tumbuk halus kedua-dua bahan dan ketepikan.
  2. Cairkan mentega dan sejukkan.
  3. Gaulkan tepung bersama serbuk rempah kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan bahan tumbuk halus tadi.
  4. Tuang mentega cair sedikit demi sedikit ke atas tepung. Gaulkan dengan tangan sehingga menjadi seperti serbuk roti. Biarkan mentega menyerap ke dalam tepung. Cara ini akan menghasilkan kuih siput yang rangup.
  5. Pukul sedikit telur dan tuang ke dalam adunan tepung, diselang selikan dengan air. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Tambah air jika doh masuk keras.
  6. Rehatkan doh seketika.
  7. Tabur sedikit tepung di atas dulang. Gentelkan sedikit tepung dan tekan di atas acuan kuih siput. Letakkan kuih yang dibentuk di atas dulang tadi.
  8. Goreng bersama daun kari sehingga kekuningan. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Tips

  • Jika anda nak sediakan kuih siput untuk hidangan hari raya, bokeh digandakan adunan ini kepada 2.

© 2013 iResipi.com, · Privacy · Terms, Further inquiries please contact: [email protected]