• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Kuih Keria Gula Melaka

Kuih Keria Gula Melaka

Resepi Keria Gula Melaka yang sangat viral di media sosial gara-gara kehebatan kuih keria gula melaka antarabangsa Haji Jalil Limbongan di Melaka. Ada yang sanggup beratur sehinga berjam-jam semata-mata untuk membeli kuih keria yang dikatakan sangat istimewa dan sedap itu. Bagi yang teringin untuk cuba buat sendiri di rumah, boleh ikut  resepi di bawah kerana Che Nom sudah cuba berkali-kali sehingga dapat resepi keria yang sedap dan menepati selera.

Untuk ubi keledek pula, lebih sesuai digunakan keledek putih/kuning berbanding keledek oren kerana keledek putih lebih sedap dan tidak lembik apabila direbus. Doh keledek akan lebih senang dibentuk dan tak perlu tambah tepung yang banyak. Penggunaan baking power pula adalah supaya kuih menjadi montok dan gebu. Keistimewaan kuih ini sudah pastinya terletak pada salutan gula yang terdiri dari 3 jenis gula iaitu:

  • Gula melaka,
  • Gula batu 
  • Gula putih.

Selamat mencuba :)

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 30 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 40 minit
Jumlah Hidangan : 20 biji

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk doh keria:
  • 800 gram ubi keledek putih (dalam 2 ketul besar)
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil garam
Bahan-bahan untuk salutan gula/sira:
  • 1 ketul gula melaka
  • 1 sudu besar gula batu
  • 1 sudu besar gula putih
  • 1/2 cawan air

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk kuih keria:
  1. Rebus ubi hingga empuk dan toskan airnya. Apabila ubi sudah sejuk, tumbuk halus dengan menggunakan lesung batu dan tarik keluar urat-urat kasar dari ubi keledek. Boleh juga gunakan 'potato masher' untuk hancurkan keledek.
  2. Tambah tepung sedikit demi sedikit hingga doh kurang melekat.
  3. Leperkan bebola doh dan buat lubang di tengah.
  4. Ulang proses sehingga habis dan goreng di dalam minyak panas sehingga keperangan.
  5. Kacau atau gaul kuih keria yang digoreng tadi dalam gula pekat yang sedang mendidih sehingga sekata.
Cara-cara untuk salutan gula/sira:
  1. Tumbuk halus gula dan masak di dalam kuali sehingga mendidih dan pekat.
  2. Sedia untuk digaul kuih keria

Tips

  • Tidak mengapa jika doh melekat sedikit. Sapukan sedikit tepung di tangan sebelum menggentel doh dan bentukkan menjadi bulat.
  • Kalau goreng keria, jangan kerap sangat terbalikkan kuih semasa menggoreng kerana nanti kuih jadi serap minyak.

© 2013 iResipi.com, · Privacy · Terms, Further inquiries please contact: [email protected]