• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Kuih Cara

Kuih Cara

Resepi kuih cara, antara kuih tradisional melayu yang paling digemari terutama di bulan ramadan. Jika menggunakan daun pandan asli, aromanya sangat harum dan menyelerakan.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 15 | Memasak: 30 | Keseluruhan: 45 minutes
Jumlah Hidangan : 30

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 cawan santan, sederhana pekat dari anggaran 1/3 biji kelapa
  • 4-5 helai daun pandan
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu minyak masak
  • pewarna hijau, beberapa titik
  • gula pasir, secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Kisar kelapa parut bersama daun pandan yang dihiris nipis dan air dengan anggaran supaya menghasilkan 3 cawan pati santan.
  2. Bancuh santan bersama tepung gandum dan telur dan garam.Titiskan beberapa titik pewarna hijau dan kacau sebati. Lebih mudah jika menggunakan whisk. Tapis adunan supaya tiada ketulan kemudian isikan dalam bekas bermuncung.
  3. Panaskan acuan kuih dan griskan dengan minyak menggunakan daun pandan yang dicarikkan di hujung. Apabila acuan sudah panas, tuang adunan sehingga hampir penuh. Sudukan gula pasir dalam anggaran 1/2 sudu teh ke dalam acuan dan tutup dengan tudung periuk. Apabila permukaan kuih sudah masak, angkat dan sejukkan di dalam pinggan

Resepi Berkaitan