• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Kuey Teow Goreng

Kuey Teow Goreng

Resepi kuey teow goreng ini adalah kegemaran keluarga. Selalu disediakan untuk hidangan sarapan pagi. Rasa ikan bilis memberi satu kelainan rasa pada masakan ini.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 15 | Memasak: 15 | Keseluruhan: 30 minutes
Jumlah Hidangan : 4

Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus kuey teow
  • 3 camca besar minyak masak
  • 200 gram isi ayam/udang
  • 2 fillet fish cake dipotong dadu
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • sedikit ikan bilis (20g)
  • segenggam daun kuchai
  • sedikit taugeh
  • sos tiram
  • kicap pekat
  • 1 sudu besar sos ikan

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk kasar ikan bilis,bawang besar dan bawang merah. (Anda juga boleh guna mesin pengisar kasar).
  2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk kasar dan cili kisar sehingga naik bau, kemudian masukkan ayam/udang dan fish cake.
  3. Masukkan kicap dan sos tiram serta sos ikan. Biarkan sehingga kering sedikit dan kemudian masukkan telur, kacau hancur. Masukkan kuey teow dan kacau sehingga sekata.
  4. Masukkan sayur taugeh dan kuchai. Garam dan gula secukup rasa. Goreng selama 5-8 minit. Siap dihidang.
  5. Nota: Sos ikan adalah masin. Perlu berhati-hati untuk perasakan garam.

Resepi Berkaitan