Resepi Krim Puff

Resepi Krim Puff ( untuk 28 biji cream puff )

Ditulis oleh :

Visit or Like Facebook/bukuresepi

Jumlah Hidangan :

Bahan-Bahan:

  • 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
  • 100 gm butter
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh gula
  • 3 biji telur
Bahan-bahan untuk inti jagung
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 cawan jagung dalam tin
  • 1/2 cawan tepung kastad
  • 5 sudu besar gula
  • Cara-cara

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan
  2. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
  3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
  4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
  5. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung
Cara-cara untuk inti
  1. Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap
  2. Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff

Resepi Berkaitan


© 2013 iResipi.com, · Privacy · Terms, Further inquiries please contact: iresipimanager@gmail.com