• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Kobis Masak Lemak Putih

Kobis Masak Lemak Putih

Resepi Kobis Masak Lemak Putih, hidangan ala kampung yang ringkas tetapi sangat membuka selera. Untuk resepi ini, Che Nom masukkan ikan bilis tetapi anda boleh gantikan dengan udang kering ataupun udang. Anda boleh mencuba ikut selera masing-masing. Boleh juga masukan tempe, kacang panjang atau suhun. Kalau di kampung, masakan ni selalu dihidangkan bersama ikan goreng dan sambal belacan. Memang tak pernah jemu.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 10 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 20 minit
Jumlah Hidangan : 5 orang

Bahan-Bahan:

  • 1/2 biji kobis bulat, hiris kasar
  • 1/2 batang karot, hiris nipis
  • 1 ketul tauhu, potong kiub
  • 1 genggam ikan bilis, rendam dan tumbuk kasar
  • 1 biji cili merah, hiris nipis
  • 3 biji bawang merah, hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan santan cair di dalam periuk dengan api perlahan dan masukkan bawang merah, bawang putih, tauhu dan karot.
  2. Masukkan kubis dan cili merah, masak seketika sehingga lembut.
  3. Masukkan pula santan pekat dan kacau dengan kerap supaya santan tidak berketul. Api mestilah perlahan.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Tips

  • Tujuan santan cair dimasukkan dahulu dan santan pekat dimasukkan kemudian ialah supaya kuah masak lemak tidak berketul dan masak sekata di akhirnya. Jika santan pekat dimasak terlalu lama, kuah menjadi tidak elok dan sekata.

Resepi Berkaitan


© 2013 iResipi.com, · Privacy · Terms, Further inquiries please contact: [email protected]