• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Kek Blueberry Lembut

Kek Blueberry Lembut

Resepi kali ini adalah 'tea time' cake kegemaran saya. Kek yang mudah, tetapi gabungan fresh blueberry dan yogurt dalam kek menjadikan tekstur kek yang lembab bersama gabungan masam manis menghasilkan kek yang sungguh perfect. Saya memang suka bake kek ni sejak dari kali pertama mencuba. Sangat sesuai untuk hudangan di majlis minum petang.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 40 minit | Keseluruhan: 55 minit
Jumlah Hidangan : 6 orang

Bahan-Bahan:

  • 150 gram mentega
  • 150 gram (3/4 cawan) castor sugar
  • 2 biji telur, saiz B
  • 265 gram (1 3/4 cawan) tepung naik sendiri
  • 120 gram yoghurt
  • 2-3 sudu besar susu full cream
  • 100 gram (1 kotak kecil) fresh blueberry
  • gula aising, untuk taburan

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.
  2. Griskan tin pembakar dengan mentega cair dan lapik bahagian bawah dengan kertas baking. Saya gunakan tin bersaiz 8x8x3 inci.
  3. Pukul mentega yang telah dikeluarkan pada suhu bilik bersama gula castor di dalam mixing bowl sehingga sebati dan berwarna kuning pucat. Gunakan spatula jika bahagian bawah adunan melekat.
  4. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji, juga esen vanilla dan teruskan pukul sehingga sebati.
  5. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan diselang selikan dengan yoghurt sehingga habis. Kemudian masukkan susu. Kacau sehingga betul-betul sebati.
  6. Tuangkan di dalam tin pembakar dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 35 hingga 40 minit.
  7. Angkat dan sejukkan di atas cooling tray. Taburkan dengan gula icing untuk hiasan.

Tips

  • Cucuk kek dengan lidi untuk memastikan kek masak sepenuhya. Jika lidi ditarik keluar bersih dan tidak melekat maksudnya kek sudah masak. Jika masih melekat adunan kek, teruskan membakar lagi.

Resepi Berkaitan