Resepi Kari Telur Sedap

Kari Telur Sedap

Resepi Kari Telur yang menjadi kegemaran anak-anak saya. Bukan sahaja mudah tapi sangat menyelerakan.

Telur ini direbus dan kemudian digoreng supaya bahagian luar nya kenyal, tidak mudah pecah dan menjadikan rasanya lebih enak. Anda harus cuba resepi ini.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 30 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 45 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan:
  • Telur 4-6 biji (yg telah direbus)
  • Ubi kentang - 2 biji (dibelah 4 atau 6)
  • Serbuk kari daging - 4-5 sudu besar
  • (Serbuk kari dibancuh dengan sedikit air sehingga agak cair)
  • Santan - lebih kurang 1/2 - 1 cawan
  • Halba campur - lebih kurang separuh sudu kecil
  • Daun kari - 1 batang
Bahan-bahan untuk ditumbuk/dihiris :
  • Bawang kecil - 2 biji
  • Bawang putih - 2-3 ulas
  • Halia lebih kurang 2cm

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan kuali dengan lebih kurang secawan minyak dan goreng telur yang telah direbus tadi. Kemudian ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dlm periuk. Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi, daun kari dan halba campur sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Kemudian masukkan kari tadi. Tunggu sehingga pecah minyak. Ubi kentang boleh dimasukkan sekali untuk cepatkan ubi empuk dan lembut.
  4. Apabila kari sudah pecah minyak bolehlah masukkan santan dan sedikit air ikut kepekatan kuah yang dikehendaki.
  5. Perasakan dengan sedikit garam dan boleh ditambah sedikit serbuk perasa.
  6. Setelah mendidih bolehlah masukkan telur dan siap.

Tips

  • Cara mudah untuk kupas telur rebus ialah dengan rendamkan telur yg baru mendidih di dalam sejuk (air paip) dan kemudian kupas seperti biasa.

Resepi Berkaitan