• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Kari Sotong Sedap

Kari Sotong Sedap

Resepi Kari Sotong yang selalu disediakan oleh bonda Che Nom masa dulu-dulu, sangat sedap jika dimakan bersama nasi putih sahaja tanpa lauk lain. Dalam resepi ni, Che Nom tambah serbuk cili supaya kuah kari tidak terasa muak, sebab memang kari sotong sangat sedap jika kuahnya pedas. Sangat penting dalam masakan kari cara melayu ialah bancuh serbuk kari bersama sedikit air dan masak sehingga pecah minyak. Tapi jangan sampai hangus pula sebab nanti kari akan terasa pahit. Untuk bahan tumbuk pula, jika tak ada lesung batu boleh aja dihiris nipis bahan-bahan tersebut. Jika perlu bantuan anda boleh ajuka soalan di ruangan komen, Che Nom akan cuba jawab ye.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 40 minit
Jumlah Hidangan : 3 orang

Bahan-Bahan:

  • 8-10 ekor sotong, anggaran
  • 1 senduk minyak masak
  • 2 1/2 sudu besar rempah kari udang atau ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 6 batang sayur bendi
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 3 sudu besar pati asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk tumbuk halus:
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Bahan untuk rempah tumis
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 tangkai daun kari

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan bahan rempah tumis dan diikuti bahan tumbuk halus. Masak sehingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan bancuhan pes rempah dan serbuk cili dan kacau sehingga warna rempah menjadi sedikit gelap dan pecah minyak. Tambah sedikit air jika rempah terlalu kering supaya tidak hangus.
  3. Masukkan sotong, pati asam jawa dan kacau beberapa minit. Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan pula santan pekat, bendi dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Apabila mendidih, angkat dan hidangkan.

Resepi Berkaitan


© 2013 iResipi.com, · Privacy · Terms, Further inquiries please contact: [email protected]