Kari Kepala Ikan

  • Masa Penyediaan: 20 Minit |
  • Masa Memasak:20 Minit |
  • Jumlah Hidangan:4

Oleh: Che' Nom

Resepi Kari Kepala Ikan sedap, menggunakan ikan merah boleh jugak di ganti dengan siakap, di hidang bersama air asam tomato. Menu lazat untuk hidangan tengah hari.

Bahan-Bahan:

  • 700 gram kepala ikan merah, boleh di gantikan dengan ikan lain.
  • Bahan untuk di tumbuk
    • 3 ulas bawang merah*
    • 3 ulas bawan putih*
    • 1 inci halia.*
    • 1/4 biji bawang besar*
  • Bahan untuk di tumis
    • 3 sudu besar minyak masak
    • 1 sudu kecil halba campur
    • 1 batang kecil kulit kayu manis
    • 2 kuntum bunga lawang
    • Sedikit daun kari
    • Bahan-bahan lain berkaitan
    • 2 cawan santan cair
    • 1 cawan santan pekat
    • 1 paket rempah gulai ikan
    • 1 sudu besar serbuk cili
    • 1 biji tomato di potong 4
    • 5 batang bendi
    • garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk kasar bahan-bahan yang bertanda *
  2. Bancuhan serbuk kari dan serbuk cili menjadi paste yang pekat
  3. Panaskan minyak dalam periuk, tumisan bahan tumbuk kasar bersama bunga lawang, kayu manis, daun kari dan halba campur hingga naik bau.
  4. Masukkan paste serbuk kari dan cili, tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan ikan, tutup selama 3 minit di atas api sederhana.
  5. Masukkan 2 cawan santan cair, biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan satu cawan santan pekat, garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan tomato dan bendi selama 2-3 minit atau hingga sedikit layu.
  7. Siap dan sedia dihidangkan.

Artikel Berkaitan

Resepi Berkaitan: