• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Kari Ayam Bonda

Kari Ayam Bonda

Resepi kari ayam dari bonda Che' Nom, resepi istimewa yang sesuai dihidangkan dengan Ketupat, pulut kuning dan roti jala. Walaupun menggunakan bahan banyak tetapi cara memasak resepi Kari Ayam ini tidaklah begitu sukar, pastikan anda menggunakan santan dari kelapa yang segar untuk rasa yang memuaskan. Resepi istimewa untuk berbuka puasa dan hari raya.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 40 minit
Jumlah Hidangan : 3

Bahan-Bahan:

  • 500 gram ayam dipotong
  • 1 senduk besar minyak masak
Bahan untuk ditumbuk halus:
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
Bahan untuk ditumis:
  • 1 tangkai daun kari
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 batang kayu manis
  • 3 tangkai bunga cengkih
  • 2 biji bunga lawang
  • 1/2 biji bawang dihiris nipis
Bahan-bahan lain berkaitan:
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 1 mangkuk santan cair
  • 3 sudu besar serbuk kari daging, bancuh supaya menjad pes
  • 2 biji ubi kentang, dikupas kulit dan dipotong 4
  • 1 biji tomato dipotong 4
  • 1 asam keping

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan tumbuk dan kacau seketika sehingga kekuningan
  3. Masukkan pes kari, kacau sehingga pecah minyak dan garing, tambahkan sedikit air jika terlalu kering di peringkat permulaan.
  4. Teruskan mengacau sehingga pecah minyak dan tidak hangit
  5. Masukkan ayam dan kacau sehingga 2-3 minit
  6. Masukkan kentang, santan cair, asam keping dan kerisik
  7. Masak sehingga ubi kentang empuk dan ayam betul-betul masak.
  8. Masukkan santan pekat, keluarkan asam keping sekiranya rasa masam padah kuah sudah mencukupi.
  9. Masak sehingga mendidih, perasakan dengan garam dan gula secukupnya,
  10. Langkah terkahir, masukan tomato. Selamat mencuba

Tips

  • Pastikan rempah kari dimasak sehingga betul-betul masak dan garing, jika tidak kari anda akan rasa seperti kari yang tidak dan tidak sedap

Resepi Berkaitan