• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal

Ikan Cencaru Sumbat Sambal

Resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal.. Ermm memang sangat sedap! Resipi kali ini Che Nom cuba kaedah menggoreng ikan. Boleh juga kalau anda nak bakar ikan menggunakan pemanggang ajaib. Sambal haruslah dimasak terlebih dahulu, jika tidak cili tidak akan cukup masak kalau terus sumbat ke dalam ikan sebab masa menggoreng dah sambal pula disumbat di dalam ikan akan menyebabkan sambal cili tidak cukup masak. Nanti sakit perut pula kalau makan sambal yang tidak dimasak secukupny. Satu lagi sebab adalah sambal yang dimasak terlebih dahulu akan rasa lebih sedap.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 30 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang

Bahan-Bahan:

Bahan untuk memasak:
  • 4 ekor ikan cencaru
  • sedikit garam
  • sedikit kunyit
  • minyak untuk menggoreng
  • 1 senduk minyak masak, untuk menumis sambal kisar
Bahan untuk dikisar atau ditumbuk halus:
  • 5 biji cili kering, dibuang biji dan rebus ATAU 3 sudu besar cili kisar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 inci belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar jus pekat asam jawa
  • 1 batang serai, optional
  • 1 sudu besar gula pasir atau gula melaka
  • garam secukupnya

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk memasak:
  1. Bersihkan cencaru dengan cara belah belakang, tanpa belah di hadapan atau bahagian perut.
  2. Lumurkan garam dan kunyit ke atas ikan.
  3. Sumbatkan sambal yang dimasak ke dalam perut ikan secukupnya.
  4. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.
Cara-cara untuk masak sambal:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pekat dan pecah minyak. Angkat dan sejulkan.

© 2013 iResipi.com, · Privacy · Terms, Further inquiries please contact: [email protected]