• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Ikan Bawal Goreng Taucu

Ikan Bawal Goreng Taucu

Resepi Ikan Bawal Goreng Taucu, masakan yang mudah dan sungguh menyelerakan buat penggemar ikan bawal. Caranya ialah dengan menggoreng ikan bawal sehingga garing terlebih dahulu dan masak kuah taucu berasingan. Kemudian satukan kuah masak taucu dan ikan bawal sebelum dihidangkan.

Bagi sesiapa yang tak tahu apakah itu taucu, ia adalah makanan yang berasal dari China dan sangat popular di kalangan masyarakat Indonesia. Taucu diperbuat daripada kacang soya yang diperap bersama garam dan bahan-bahan lain dalam tempoh masa tertentu (melalui proses fermentasi). Taucu juga dipercayai dapat meningkatkan selera makan dan penambah rasa makanan. Rasanya masin dan lemak dari kacang soya memberikan keunikan rasa dalam makanan anda. Taucu boleh disimpan lama di dalam peti ais jika sudah dibuka. Simpan sahaja di dalam bekas kedap udara yang bersih.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 5 minit | Keseluruhan: 25 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang

Bahan-Bahan:

  • 2 ekor ikan bawal, saiz sederhana
  • 2 inci halia, hiris halus memanjang
  • 4 ulas bawang putih, hiris halus
  • 3 biji bawang merah, hiris halus
  • 3 sudu besar taucu
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
  • 1 biji bawang besar, potong bulat
  • 4-5 biji cili padi, belah tengah
  • daun bawang untuk hiasan
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:

  1. Gaul ikan bawal bersama garam dan kunyit sehingga dan goreng di dalam minyak panas sehingga garing.
  2. Dalam kuali berasingan, panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumis halia, bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan taucu dan air asam jawa. Kacau sehingga mendidih. Tambahkan sedikit air supaya berkuah.
  4. Masukkan pula ikan bawal yang digorang tadi bersama bawang besar dan cili padi. Tambah gula dan garam secukup rasa. Tutup api apabila bawang sudah layu.
  5. Hidangkan ikan bawal bersama taburan daun bawang.

Tips

  • Hati-hati jika hendak menambah garam kerana taucu sudah masin dan ikan bawal goreng juga rasanya masin kerana digaul dengan garam terlebih dahulu sebelum digoreng.

© 2013 iResipi.com, · Privacy · Terms, Further inquiries please contact: [email protected]