Resepi Garlic Roll

Garlic Roll

Resepi Garlic Roll yang gebu, mudah dan sedap (Sesuai untuk breakfast and hi-tea. Makan dgn mushroom soup lagi sedap!)

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 2 Jam | Memasak: 30 minit | Keseluruhan: minutes
Jumlah Hidangan : 6

Bahan-Bahan:

Bahan untuk roti
  • 3 cawan tepung gandum ~
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu besar yeast
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu besar gula
  • 2-3 sudu besar olive oil ~
Bahan untuk Garlic Spread
  • 50 gram butter
  • 2 sudu daun ketumbar cincang halus2
  • 5 cloves bawang putih di cincang halus2
  • -Campurkan dan kacau ketiga2 bahan ini.Siapp.

Cara Penyediaan:

  1. Cara buat roti:
  2. Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut
  3. Tambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik
  4. Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang bersih dan biarkan doh rehat selama 40 ~ 45 minit
  5. Doh akan naik sekali ganda
  6. Sementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spread
  7. Setelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejap
  8. Kemudian bahagikan doh kepada 2 bahagian.
  9. elek doh dengan kayu pencanai 1/2 inc tebal berbentuk empat segi memanjang
  10. Sapukan Garlic Spread di atasnya dan gulung.
  11. Buat kaedah yang sama pada doh yang kedua juga
  12. Potong doh sama lebar sebanyak 4 potongan
  13. Kita akan mendapat 8 potongan doh
  14. Susun doh dalam tray yang telah di sapu dgn butter hingga habis
  15. tutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
  16. Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki Garlic Bread di doh tadi
  17. Sapukan kuning telur pada permukaan doh dan taburkan bijan atau serbuk lada hitam jika suka.
  18. Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 30 minit.

© 2013 iResipi.com, · Privacy · Terms, Further inquiries please contact: [email protected]