• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Fettucine Carbonara Udang dan Cendawan

Fettucine Carbonara Udang dan Cendawan

Resepi Fettucine Carbonara, pada asasnya adalah pasta jenis fettucine yang dimasak bersama sos carbonara.
Sebelum tu Che Nom nak senaraikan jenis pasta yang kebanyakan terdapat di pasar raya seperti spaghetti, fettucine, fusilli, linguine, tagliatelle, penne, macaroni dan banyak lagi. Bezanya adalah dari segi bentuk dan juga kawasan asal-usul pasta ni. Untuk hidangan carbonara, selain fettucine boleh juga digantikan dengan spaghetti.

Resepi ni dikongsikan oleh sahabat baik Che Nom yang sekarang menetap di luar negara, dan tiada telur dalam sos carbonara ni. Mungkin cara ini adalah bertentangan dengan resepi klasik carbonara, tetapi rasanya sangatlah sedap dan sesuai untuk hidangan vegetarian. Akan datang Che Nom akan kongsikan resepi carnonara menggunakan telur di entri yang berlainan. Anda harus cuba resepi ni, mudah dan cepat dihidangkan. Kombinasi udang dan cendawan sangat sedap dan membangkitkan rasa sos carbonara.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 5 minit | Keseluruhan: 20 minit
Jumlah Hidangan : 2 orang

Bahan-Bahan:

  • 100g fettucine kering, ATAU anggaran 1 mangkuk besar fettucine yang sudah direbus
  • 3 sudu besar minyak zaitun extra virgin
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 6-7 ekor udang
  • 1 cawan whipping cream ATAU thick cream (Che Nom guna jenama Anchor)
  • 1/2 cawan susu full cream
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 4 cendawan butang, hiris nipis
  • 3 sudu besar serbuk parmesan cheese
  • daun ketumbar, untuk taburan

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  2. Masukkan udang dan cendawan butang dan serbuk lada hitam. Masak seketika sehingga udang separuh masak dan cendawan menjadi lembut.
  3. Masukkan fettucine, whipping cream dan susu full cream. Masak sehingga kuah agak mendidih dan taburkan dengan serbuk parmesan. Kacau sebati.
  4. Perasakan dengan sedikit garam dan gaul dengan hirisan daun ketumbar.

Tips

  • Gunakan serbuk lada hitam yang baru dikisar supaya rasa lebih fresh dan sedap.
  • Anda boleh gantikan cendawan butang dari tin jika tiada cendawan butang segar. Tetapi rasa akan lebih sedap jika gunakan cendawan butang segar.

© 2013 iResipi.com, · Privacy · Terms, Further inquiries please contact: [email protected]