Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi, Masak Lemak Cili Padi adalah hindangan yang terkenal dari Negeri Sembilan dan sungguh sedap, tetapi awas bagi mereka yang tak tahan pedas!

Ditulis oleh : Jumlah Hidangan : 6

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan utama :
  • 1 kg daging salai
  • 15 biji belimbing buluh
  • 4 batang serai dititik
  • Semangkuk santan segar
  • 3 keping asam gelugor
Bahan-bahan kisar :
  • 4 ulas bawang merah
  • Segenggam cili padi kampung (lebih pun boleh)
  • 1 inci belacan
  • 1 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan kesemua bahan kisar kedalam periuk berserta daging salai dan renih sebentar sambil digaul dengan sudip
  2. Tuangkan santan kedalam periuk bersama serai dan asam keping. Sentiasa kacau
  3. Bubuh garam dan serbuk perasa jika suka
  4. Apabila mendidih, masukkan pula belimbing dan kacau rata. Masak diatas api perlahan sehingga belimbing lembut

Resepi Berkaitan