Resepi Daging Masak Hitam Sempoi

Daging Masak Hitam Sempoi

Resepi Daging Masak Hitam yang mudah dan sedap. Hanya menggunakan bahan-bahan biasa terdapat di dapur tapi hasilnya sangat memuaskan dan sangat sedap.

Cara bahan-bahan kisar halus yang digoreng tanpa minyak kemudian baru dikisar dapat membangkitkan rasa dan aroma kuah daging. Itulah cara istimewa resepi Daging Hitam ini. Sesuai dimakan bersama nasi putih atau nasi berminyak seperti nasi tomato, nasi briyani atau yang serupa.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 30 minit | Memasak: 30 minit | Keseluruhan: 60 minit
Jumlah Hidangan : 5 orang

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan :
  • 600-800g daging, anggaran (dipotong nipis)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam jika perlu
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
Bahan untuk perapan daging:
  • 6-7 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap manis
Bahan-bahan untuk dikisar halus:
  • (*semua bahan-bahan yg ini perlu di goreng dahulu tanpa myk hingga layu sebelum dikisar)
  • Cili kering (anggaran segenggam-ikut kepedasan masing2)
  • 12-15 biji bawang merah
  • 5-7 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara Penyediaan:

  1. Daging tadi dipotong nipis dan diperap dahulu selama 30 minit dengan bahan perapan daging.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan yg telah dikisar tadi. Masak sehingga pecah minyak kemudian masukkan pula daging yang telah diperap tadi.
  4. Kacau sebentar kemudian masukkan air asam jawa dan sedikit air.
  5. Masakkan sehingga kuah agak pekat dan perasakannya dengan sedikit gula. Garam boleh ditambah jika perlu.

Resepi Berkaitan