Resepi Daging Masak Black Pepper

Daging Masak Black Pepper

Resepi Daging Masak Black Pepper adalah kesukaan keluarga. Resepi ini pasti menjadi sangat enak jika anda menggunakan bahagian batang pinang yang sangat lembut, ditambah pula dengan aroma Black Pepper yang membangkitkan lagi selera .

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 15 | Memasak: 15 | Keseluruhan: 30 minutes
Jumlah Hidangan : 3

Bahan-Bahan:

  • 500g daging (bahagian batang pinang)
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Kicap manis
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 2 tangkai cili merah (potong kasar)
  • Bawang besar holland
  • 2 sudu kecil tepung jagung

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan 2 senduk minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan.
  2. Kurangkan sedikit minyak tadi kepada angggaran 1/2 senduk minyak, tumis bawang putih dan masukkan lada hitam.
  3. Masukkan kicap dan serbuk lada hitam, kacau sebentar dam masukkan daging. Masak menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali.
  4. Kemuduan tambah bancuhan tepung jagung dan bawang besar. Apabila kuah menjadi pekat padam api dan hidangkan. Hiaskan dengan taburan daun bwg.
Tips:

Untuk mendapatkan daging yang lembut pastikan ianya tidak di masak terlalu lama di atas api yang besar.

Garis panduan ukuran cawan dan sudu di iResipi.com

Resepi Berkaitan

Sekiranya anda mempunyai resepi untuk dikongsi bersama sila emailkan butiran lanjut seperti, bahan-bahan, cara penyediaaan, tip berserta gambar kepada [email protected], maklumbalas anda jugak amat kami hargai untuk penambahbaikan halaman web ini

Mempunyai resepi untuk dikongsi bersama?

Daftar dan Kongsi Di sini