• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Daging Kerutub Terengganu

Daging Kerutub Terengganu

Resepi Daging Kerutup yang sangat istimewa bagi Che Nom kerana resepi asal diperolehi dari sahabat baik yang berasal dari Terengganu, resepi asli yang diturunkan dari bondanya yang tersayang. Kebanyakan resipi lain menggunakan lengkuas, kunyit dan serai, tetapi TIDAK untuk resipi ini.

Rempah kerutub ni pun Che Nom beli khas dari Terengganu. Rempahnya sangat berbau harum dan unik. Boleh digantikan dengan ayam jika anda suka dan boleh dipadankan bersama nasi minyak atau pulut kuning. Memang sangat sedap Daging Kerutub ni…rugi kalau anda tak cuba.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 1 jam 30 minit | Keseluruhan: minit
Jumlah Hidangan : 8 orang

Bahan-Bahan:

  • 1kg daging, hiris dalam ketulan besar dan nipis
  • 5 sudu besar rempah kerutub
  • 1 senduk cili giling
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar kerisik
  • sedikit gula melaka
  • garam secukup rasa
  • 2 senduk minyak untuk menumis
Bahan untuk kisar halus:
  • 2 biji bawang besar
  • 8 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
Bahan untuk rempah tumis:
  • 2 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang

Cara Penyediaan:

  1. Bancuh rempah kerutub dengan sedikit air dan gaulkan bersama daging untuk diperap seketika.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan rempah tumis, bahan kisar dan cili giling sehingga harum dan pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan rempah kerutub yang diperap tadi.Tambahkan sedikit air, tutup dan masak di atas api perlahan supaya tidak hangus. Masak sehingga daging lembut, anggaran dalam 1 jam lebih.
  4. Masukkan santan pekat, kerisik, gula melaka dan garam secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
  5. Angkat dan boleh dihidangkan bersama pulut atau nasi minyak.

Tips

  • Kuah kerutub sepatutnya dihidangkan pekat dan pecah minyaknya.

Resepi Berkaitan


© 2013 iResipi.com, · Privacy · Terms, Further inquiries please contact: [email protected]