• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Chocolate Cheesecake Brownies

Chocolate Cheesecake Brownies

Buat penggemar cheese dan coklat, ini adalah resepi yang harus anda cuba. Ni juga salah satu kek kegemaran Che' Nom. Brownies yang padat dengan coklat dilapis dengan cream cheese yang di 'swirl' untuk mendapatkan corak marble. Brownies ni sedap kalau dimakan sejuk ..memang sangat best. Potongan kecil seperti di gambar sesuai untuk dihidangkan di majlis istimewa.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 35 minit | Keseluruhan: 50 minit
Jumlah Hidangan : 6 orang

Bahan-Bahan:

Bahan untuk adunan brownies:
  • 115g ketulan dark coklat atau bittersweet coklat
  • 115g (1/2 cawan) mentega tak bergaram (unsalted butter)
  • 150g (3/4 cawan) gula perang
  • 2 biji telur
  • 50g (1/2 cawan) tepung gandum
Bahan untuk adunan cheese:
  • 1 biji telur
  • 225g (1 cawan) cream cheese
  • 50g (1/4 cawan) gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk adunan cheesecake:
  1. Pukul telur di dalam mangkuk dan tambah cream cheese, gula dan esen vanilla.
  2. Pukul sehingga lembut dan berkrim.
Cara-cara untuk membuat brownies:
  1. Panaskan oven pada suhu 160 ℃. Griskan dulang bersaiz 8 inci x 8 inci dengan mentega dan lapik dengan kertas minyak atau parchment paper.
  2. Panaskan air di dalam periuk kecil sehingga mendidih dan letak mangkuk tahan panas yang besar menutupi permukaan periuk.
  3. Masukkan ketulan coklat yang dicincang kasar dan mentega kemudian kacau sehingga cair dan sebati.
  4. Apabila sudah cair, angkat mangkuk dari periuk air mendidih tadi dan kacau seketika sambil memasukkan gula kastor.
  5. Masukkan pula telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  6. Masukkan tepung dan kacau dengan perlahan-lahan.
  7. Tuang 2/3 adunan brownies di dalam dulang dan ratakan. Kemudian tuang pula adunan cheesecake di atas lapisan atas brownies coklat dan sudukan baki 1/3 adunan brownies tadi dan tuang di atas lapisan cheese dalam jarak bertompok. Gunakan lidi dan swirl supaya mendapat corak seperti marble.
  8. Bakar selama 30-35 minit atau sehingga kek 'set' di bahagian tengah.
  9. Sejukkan dan kemudian keluarkan untuk dipotong kepada ketulan kecil.

Tips

  • Sejukkan di dalam peti ais supaya kek betul-betul set sebelum dipotong.
  • 2015-08-29 Che Nom

    Silakan Nur Ikin :)

  • 2015-08-28 Nur Ikin

    Mohon share ya puan. Tq😊


© 2013 iResipi.com, · Privacy · Terms, Further inquiries please contact: [email protected]