• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Cendawan Tiram Goreng Rangup

Cendawan Tiram Goreng Rangup

Resepi Cendawan Tiram Goreng Rangup untuk sesiapa yang inginkan kelainan dalam masakan sayur cendawan dan juga mudah untuk disediakan. Che Nom hanya gunakan tepung berempah segera yang digunakan untuk menggoreng ayam. Anda boleh pilih mana-mana jenama yang disukai atau yang mudah diperolehi.

Bahan-bahannya pun mudah sahaja. Keluarga Che Nom memang sangat sukakan cendawan tiram goreng rangup ni. Sesuai dihidangkan bersama lauk makan tengah hari atau sebagai kudapan minum petang. Selamat mencuba :)

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 10 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 20 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang

Bahan-Bahan:

  • 1 mangkuk cendawan tiram
  • 1 biji telur
  • 1 mangkuk tepung goreng berempah segera
  • minyak, untuk menggoreng

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Bersihkan cendawan tiram dan lap dengan tisu atau kitchen towel sehingga kering. Kemudian carikkan, tetapi jangan terlalu kecil.
  3. Pecahkan telur di dalam mangkuk dan pukul sebati.
  4. Dalam mangkuk yang berasingan, tuang tepung goreng berempah segera cukup sekadar untuk disalutkan cendawan. Tepung TIDAK perlu dibancuh.
  5. Celup cendawan dalam telur (mangkuk pertama) dan golekkan cendawan di dalam tepung goreng berempah (mangkuk kedua).
  6. Goreng di dalam minyak panas sehingga kekuningan dan rangup. Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak.

Tips

  • Garam tidak digunakan di dalam resipi ini kerana kebanyakan tepung goreng berempah segera sudah mempunyai rasa masin secukupnya. Jadi hati-hati jika anda mahu masukkan garam.

© 2013 iResipi.com, · Privacy · Terms, Further inquiries please contact: [email protected]