• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Bubur Kacang Hijau

Bubur Kacang Hijau

Resepi Bubur Kacang Hijau yg sangat sedap. Tak susah nk buat bubur ni, cuma rendam kacang hijau semalaman dan rebus sehingga lembut. Lagi mudah jika anda mempunyai pressure cooker. Dalam masa 10 minit kacang sudah pecah dan lembut. Che Nom memang sangat menggemari bubur kacang, dimakan bersama roti atau pun dimakan begitu sahaja. Jom check resipi mudah ni.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 40 minit
Jumlah Hidangan : 6 orang

Bahan-Bahan:

  • 300 gram kacang hijau
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair (dari 1/2 biji kelapa parut)
  • 3 sudu besar sagu
  • 1 1/2 senduk gula pasir
  • 1/2 ketul gula melaka
  • garam secukup rasa
  • 2 helai daun pandan

Cara Penyediaan:

  1. Rendam kacang hijau semalaman dan rebus sehingga empuk.
  2. Masukkan santan cair, gula pasir, gula melaka dan daun pandan ke dalam periuk kacang hijau tadi dan masak sehingga mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan pula sagu.
  3. Akhir sekali masukkan santan pekat dan kacau perlahan-lahan supaya santan tidak berketul.
  4. Perasakan dengan sedikit garam supaya kuah dapat menyeimbangi rasa manis dan lemak masin.
  5. Tambahkan air jika kuah terlalu pekat. Angkat dan hidangkan bubur kacang hijau bersama roti atau begitu sahaja.
  • 2016-03-06 Sara

    Terbaik***


© 2013 iResipi.com, · Privacy · Terms, Further inquiries please contact: [email protected]