• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Breakfast Bar

Breakfast Bar

Resepi Breakfast Bar, sarapan berkhasiat di pagi hari.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang

Bahan-Bahan:

  • 115g mentega tanpa garam
  • 110g gula perang lembut
  • 3 sudu besar mentega kacang rangup
  • 1/4 cawan madu
  • Parutan kulit dari sebiji oren
  • 2 1/2 cawan rolled oat
  • 150g campuran buah-buahan kering (kismis, hirisan aprokot, prun)
  • 150g campuran bijian (biji labu, biji bunga matahari, almond, walnut), mengikut pilihan anda

Cara Penyediaan:

  1. Gris baking tray yang berukuran 20cm persegi dengan sedikit mentega.
  2. Di dalam periuk kecil, panaskan mentega tanpa garam, gula perang, mentega kacang, parutan kulit oren dan madu. Kacau di atas api perlahan sehingga sebati.
  3. Masukkan rolled oat, bahan buahan kering dan bijian kemudian kacau sebati.
  4. Tuang di atas baking tray dan tekan dengan sudu supaya mampat. Tabur sedikit lagi bijian dan madu di permukaan.
  5. Panaskan oven kepada suhu 160 darjah celcius. Apabila sudah sedia masukkan baking tray ke dalam oven dan bakar selama 20-25 minit, atau sehingga bertukar warna keemasan.
  6. Sejukkan dan potong.

Tips

  • Angkan dan sejukkan di dalam peti ais selama 30 minit sebelum dipotong.
  • Jika anda menggunakan almond atau walnut, pastukan dibakar seketikan di dalam oven supaya masak dan rangup.

Resepi Berkaitan