• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Bihun Goreng

Bihun Goreng

Resipi bihun goreng, makanan yang simple dan sedap, tak memerlukan masa yang lama untuk penyediaan dan memasak. Sedap kalau dimasak untuk sarapan pagi ataupun minum petang.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 4

Bahan-Bahan:

  • 1 peket bihun, rendam sehingga lembut
  • 1 mangkuk udang kecil, yang telah dibuang kulit
  • 1 mangkuk kecil isi ayam
  • 1 biji tomato, hiris kasar
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • fishball, potong dua
  • 1 genggam taugeh
  • 1 tangkai sawi, dibersihkan dan potong
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • lada sulah
  • kicap manis secukup rasa
  • kicap cair secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk bawang putih dan bawang merah. Boleh juga dihiris nipis.
  2. Dalam kuali panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bawang kemudian masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan isi ayam kacau sehingga isi ayam masak.
  3. Masukkan kicap manis, sos cili, isi udang, fishball, batang sawi, serbuk lada sulah dan kacau seketika. Kemudian masukkan semua bihun dan sedikit air. Kacau sehingga bihun lembut dan sebati.
  4. Akhir sekali masukkan semua taugeh dan daun sawi, terus kacau sehingga semua bahan sehingga masak sekata. Kemudian masukkan garam halus serta gula secukup rasa. Pada peringkat ini, rasa masin dan manis adalah terpulang kepada citarasa anda.
  5. Hiaskan dengan daun bawang dan telur dadar yang dihiris nipis.

Resepi Berkaitan


© 2013 iResipi.com, · Privacy · Terms, Further inquiries please contact: [email protected]