• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Ayam Masak Bali

Ayam Masak Bali

Resepi Ayam Masak Bali yang pernah menjadi viral di Facebook, dan setelah mencuba masak Ayam Bali ni terus terang Che Nom katakan yang rasanya sangat-sangat sedap. Bahan pun mudah sahaja dan masa penyediaan pun tidak terlalu lama.

Kelainan masakan ni terletak kepada bahan utama iaitu jumlah serai yang banyak dan juga daun kari yang dimasukkan semasa menumis. Aroma serai dan daun kari memang membangkitkan bau dan rasa istimewa. Bagi Che Nom, ayam masak bali ni sesuai juga dimakan bersama nasi minyak atau nasi berperisa yang lain.

Untuk rasa manis pula Che Nom gunakan gula melaka dan hasilnya memang sedap.
Resepi ini ditulis untuk anggaran seekor ayam, Jika anda ingin masak cuma setengah ekor ayam, kurangkan bahan dalam anggaran separuh sahaja.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 40 minit
Jumlah Hidangan : 6-8 orang

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam
  • serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • 8 batang serai, dititik
  • 6 tangkai daun kari
  • 1 senduk cili kisar
  • 3 sudu besar kicap manis
  • minyak masak
  • gula melaka atau gula pasir
  • sedikit air
Bahan-bahan untuk kisar halus:
  • 5 biji bawang besar
  • 10 biji bawang merah
  • 10-12 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci belacan

Cara Penyediaan:

  1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng di dalam minyak panas sehingga separuh masak.
  2. Dalam minyak yang sama (kurangkan jika terlalu banyak) anggaran 1 cawan, tumis serai dan daun kari sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan bahan kisar halus. Masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam, kicap, gula dan garam secukup rasa. Tuang sedikit air dan kacau perlahan sehingga kuah menjadi pekat. Jika kuah agak kering tambahkan lagi sedikit air.
  5. Apabila kuah sudah pekat dan pecah minyak, angkat dan hidangkan.

Tips

  • Che Nom lebihkan sedikit rasa manis untuk ayam masak bali ni. Boleh sesuaikan mengikut citarasa anda.
  • 2016-12-16 Che Nom

    Sama-sama nas :)
    Memang sedap & sesuai hidang kat tetamu.

  • 2016-12-16 nas

    terima kasih che nom, sangat sedap resepi ni, kebetulan buat masa keluarga kakak dtg, bertambah2 lagi

  • 2016-12-09 Che Nom

    Kalau dua ekor ayam, boleh gandakan bahan2 kat atas. Agak2 aja ye.

  • 2016-12-09 unknown

    keluarga saya kuat makan guna 2 ekor ayam boleh?tapi bahan yang lain ikut je yg ditulis kt atas


© 2013 iResipi.com, · Privacy · Terms, Further inquiries please contact: [email protected]