• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Asam Pedas Ikan Tenggiri Istimewa

Asam Pedas Ikan Tenggiri Istimewa

Resepi Asam Pedas Ikan Tenggiri Istimewa pilihan Che Nom, dan semestinya salah satu lauk kegemaran kami sekeluarga. Asam pedas ni menggunakan ikan tenggiri tetapi anda boleh gantikan dengan ikan pari atau ikan kembung. Inilah resepi yang sangat memenuhi citarasa Che Nom.. kepedasan dan kepekatan kuahnya yang cukup rasa memang sedap! Cuba ye :)

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 40 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang

Bahan-Bahan:

Bahan Untuk Asam Pedas:
  • 4 keping hirisan ikan tenggiri
  • 5-8 biji kacang bendi
  • 1 biji tomato, dibelah 4
  • secekak daun kesum atau daun laksa
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
  • 1 kuntum bunga kantan, dibelah 4
Bahan untuk kisar halus:
  • 10-15 biji cili kering, dibuang biji dan rebus
  • ATAU 1 senduk cili kisar
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 batang serai,hiris nipis ambil bahagian lembut
  • 2 biji buah keras, optional
  • 1 sudu besar belacan, dibakar
  • 1 sudu kecil lada hitam

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan 1 senduk minyak dan tumis bahan kisar halus di atas api perlahan sehingga masak dan pecah minyak. Kalau minyak kurang tambahkan lagi supaya bahan kisar betul-betul masak. Minyak haruslah pecah terasing dari cili dan itu menandakan rempah masak elok.
  2. Masukan ikan dan air asam jawa. Masak seketika sehingga ikan separuh masak dan kemudia tambah sedikit air. Jangan terlalu banyak nanti kuah cair.
  3. Masukkan bunga kantan dan daun kesum. Masak lagi sehingga mendidih. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan kacang bendi dan kemudian diikuti tomato pada saat terakhir sebelum angkat.

Tips

  • Jangan masak bendi dan tomato terlalu lama nanti sayur jadi lembik dan pecah di dalam kuah

© 2013 iResipi.com, · Privacy · Terms, Further inquiries please contact: [email protected]