• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Apam Balik

Apam Balik

Resepi apam balik ataupun terkenal sebagai Malaysian pancake, memang kebiasaan dijual di pasar malam atau di gerai-gerai makanan. Terdapat 2 jenis apam balik iaitu yang tebal dan gebu, dan satu lagi jenis yang nipis dan rangup. Resepi ini merujuk kepada apam balik yang tebal dan gebu.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 25 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk apam balik:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan gula
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan susu full cream atau susu cair
  • 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna kuning
  • Sedikit minyak, untuk disapu pada kuali
Bahan-bahan untuk di tabur:
  • sebuk kacang tanah (goreng tanpa minyak dan kisar kasar)
  • 1 tin jagung krim
  • gula pasir secukupnya

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk apam balik:
  1. Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan garam.
  2. Pukul telur bersama gula sehingga sebati. Masukkan susu dan pewarna kuning. Teruskan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan ayak dan kacau sehingga adunan tepung menjadi licin dan tidak berketul.
  4. Perap selama 1 jam. Panaskan kuali non stick dan ambil tisu atau kain bersih. Lap permukaan kuali dengan minyak cukup sekadar lapisan nipis di permukaan.
  5. Tuang adunan anggaran satu senduk lebih. Biarkan seketika sehingga gelembung udara naik.
  6. Tabur sedikit gula, jagung dan kacang tanah. Lipat dan angkat apam balik.

© 2013 iResipi.com, · Privacy · Terms, Further inquiries please contact: [email protected]