• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Acar Timun Mentah

Acar Timun Mentah

Resepi Acar Timun Mentah yang sesuai dimakan bersama nasi minyak, nasi tomato atau nasi berperisa yang lain. Che Nom sediakan acar ni untuk dimakan bersama nasi tomato. Cara nak buat acar ni sangat mudah dan tak perlu dimasak. Sebab tu lah dipanggil acar mentah dan bahan-bahan pun mudah sahaja. Acar ini melengkapkan hidangan nasik yg berminyak kerana kandungan cuka yang tinggi dan sesetengah org panggil hidangan 'potong lemak' kerana boleh menyeimbangkan menu hidangan makanan berlemak dan berminyak.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 10 minit | Memasak: 0 minit | Keseluruhan: 10 minit
Jumlah Hidangan : 8 orang

Bahan-Bahan:

  • 1/2 biji nenas
  • 2-3 biji timun, bergantung kepada saiz
  • 2 biji bawang besar
  • 2 biji cili merah
  • 8 sudu besar cuka
  • 4 sudu besar gula
  • sedikit garam

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan nenas dan buang kulit, kemudian hiris nipis.
  2. Bersihkan timun, buang kulit dan cakar bahagian luar timun menggunakan garfu dalam garis memanjang. Hiris nipis
  3. Hiris nipis bawang merah dan cili merah.
  4. Gaulkan semua bahan bersama cuka, gula dan sedikit garam sehingga sekata. Siap dihidang.

Tips

  • Jangan tambah air di dalam acar kerana dengan perlahan air dari buah nenas dan timun akan keluar sendiri selepas dibancuh bersama cuka dan bahan2 lain.

Resepi Berkaitan


© 2013 iResipi.com, · Privacy · Terms, Further inquiries please contact: [email protected]