Sambal Tumis Udang

  • Masa Penyediaan: 15 minit |
  • Masa Memasak:20 minit |
  • Jumlah Hidangan:3

Oleh: Che' Nom

Resepi Sambal Tumis Udang ini disediakan menggunakan bahan yang ringkas dan penyediaanya tidak memerlukan masa yang panjang. Pastikan anda menggunakan udang yang segar kerana rasa manis udang segar akan melazatkan lagi kuah sambal tumis. Hidangan untuk keluarga yang enak dimakan bersama nasi putih atau nasi lemak.

Bahan-Bahan:

  • 500g udang, dibersihkan
  • 1/2 biji bawang besar, potong nipis
  • 1 batang serai, dititik
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Bahan untuk dikisar
    • 3 ulas bawang putih
    • 4 ulas bawang merah
    • 2 inci halia
    • 10-12 tangkai cili kering, dibuang biji
    • 1 biji bawang besar

Cara Penyediaan:

  1. Rebus cili kering seketika, toskan air dan kisar halus bersama bahan kisar yang lain.
  2. Dalam kuali, panaskan 2 senduk minyak masak dan kemudian tumis bawang besar sehingga kekuningan.
  3. Masukkan bahan kisar, masak hingga naik bau dan pecah minyak.
  4. Tuangkan air asam jawa, sos tiram serta masukkan serai yang dititik.
  5. Kemudian masukkan udang, garam dan gula secukup rasa. Masak seketika dalam anggaran masa 5-7 minit atau sehingga mendidih. Angkat dan hidangkan.

Tips:

  • Pastikan anda tidak memasak udang terlalu lama kerana udang boleh menjadi keras.
  • Semasa menumis bahan kisar pastikan betul-betul pecah minyak kerana jika tidak, kuah sambal tumis tidak masak dengan sempurnna

Artikel Berkaitan

Resepi Berkaitan: