Resepi Nasi Goreng Nenas

Resepi nasi goreng dari Thailand

Oleh :
Masa:
Penyediaan: 15 | Memasak: 15 | Keseluruhan: 30 minutes

Jumlah Hidangan : 3

Bahan-Bahan:

  • 2 sudu besar minyak
  • 2 cawan nasi
  • 1 mangkuk kecil nenas (potong kiub)
  • 1 biji telur
  • 6-7 ekor udang
  • serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • bawang goreng untuk hiasan
Bahan tumbuk kasar:
  • 4 tangkai cili hijau
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Cara Membuat:

  1. Panaskan minyak dalam kuali
  2. Masukan bahan tumbuk kasar, tumis hinga wangi, kemudian masukan udang kacau sehingga separuh masak.
  3. Kacau telur, tuang ke dalam kuali dan kacau kemudian masukkan nasi, serbuk lada sulah, sos ikan dan nenas. Kacau sehingga sebati,angkat dan hiaskan dengan bawang goreng.
Review dan rating

Review pengguna lain

Subscribe to our mailing list