Ukuran Sudu dan Cawan

Bagi mereka yang masih belajar untuk memasak pastinya agak keliru dengan ukuran yang digunakan di iResipi.com dan mana-mana website lain. Kami di iResipi.com lebih menggemari ukuran sudu dan cawan berbanding ukuran metric(gram/ml), tetapi ada sesetangah resepi yang memerlukan ketepatan dan diukur dalam bentuk metric.

Untuk memudahkan anda, Mana-mana resepi yang dikongsi oleh Che' Nom menggunakan unit cawan dan sudu seperti gambar dibawah. Cawan dan sudu ini bolehlah dibeli dimana-mana kedia bakery diseluruh Malaysia.

Ukuran cawan adalah seperti di bawah : small cup.jpg

Ukuran dalam cawan dan ml adalah seperti dibawah:

  • Paling besar - 1 cawan atau 250ml
  • Kedua besar - 1/2 cawan atau 125ml
  • Ketiga besar - 1/3 cawan atau 80ml
  • Keempat - 1/4 cawan atau 60ml
  • Paling Kecil - 1/8 cawan atau 30ml

Ukuran sudu pula adalah seperti gambar di bawah spoon small.jpg

  • 1 Tbsp - 1 sudu besar - 15 ml
  • 1/2 Tbsp - 1/2 sudu besar - 7.5 ml
  • 1 tsp - 1 sudu kecil - 5 ml
  • 1/2 tsp - 1/2 sudu kecil - 2.5 ml
  • 1/4 tsp - 1/4 sudu kecil - 1.2 ml
  • 1/8 tsp - 1/8 sudu kecil - 0.6 ml

Comments

No comments available

Add a comment