Keleksi Resepi Ikan Siakap

Keleksi Resepi Ikan Siakap Terbaik dari iResipi.com

Siakap Stim Taucu

  • Masa Penyediaan: 10 |
  • Masa Memasak:15 |
  • Jumlah Hidangan:1

Oleh: Che' Nom

Resepi Siakap Stim Tauchu, resepi yang berkhasiat menggunakan kaedah stim dan keistimewaan hidangan ini adalah terletak kepada rasa lemak dan masin daripada taucu yang dijeruk. Diinspirasikan dari masakan cina, pasti sangat lazat jika dimasak menggunakan ikan siakap yang segar dari pasar.

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor siakap (sederhana besar)
  • 2 sudu besar taucu
  • 2 sudu besar sos ikan
  • sedikit perahan jus limau
  • Bahan dihiris halus:
  • 1 btg serai
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 cm halia
  • cili merah
  • 1 biji tomato
  • daun ketumbar/ daun sup

Cara Penyediaan:

  1. Gaulkan ikan bersama taucu, sos ikan dan sedikit garam.
  2. Taburkan bahan dihiris halus (kecuali tomatodan daun ketumbar)
  3. Kukus dalam pengukus selama 15 minit
  4. kemudia masukan tomato dan daun ketumbar/daun sup
  5. Kukus lagi selama 5 minit. Angkat dan sedia untuk dihidangkan
  6. Nota: Berhati-hati ketika memasukkan garamkerana taucusudah mempunya rasa masin yg kuat.

Siakap Sweet Sour

  • Masa Penyediaan: 15 Minit |
  • Masa Memasak:20 Minit |
  • Jumlah Hidangan:2

Oleh: Che' Nom

Resipi Ikan Siakap Sweat Sour adalah resepi yang terkenal di kalangan masyarakat Cina. Rasa masakan ini pasti lazat jika anda memilih ikan yang segar. Ikan Siakap boleh juga di gantikan dengan ikan talapia dan ikan bawal.

Bahan-Bahan:

  • 1 biji tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar cili giling
  • semangkuk kecil nenas
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • 1 biji bawang besar, potong bulat
  • Daung bawang untuk hiasan
  • Bahan untuk dicincang:
    • 2 ulas bawang merah
    • 2 ulas bawang putih
    • 2 cm halia

Cara Penyediaan:

  1. Ikan di goreng garing dalam kuali.
  2. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan tumis bawang merah, putih, dan halia yang di cincang.
  3. Masukkan tomato yang dihiris kasar,kemudia masukkan sos cili.
  4. Campurkan sedikit air dan biarkan mendidih.
  5. masukkan sedikit sos ikan dan nenas serta bawang besar.
  6. masukkan gula dan garam secukup rasa
  7. Apabila masak, tuangkan kuah ke atas ikan dan hiaskan dengan hirisan daun bawang

Tips:

  • Untuk mendapatkan rasa masam manis yang sedap, gunakan tomato ceri.

Siakap Stim Lemon

  • Masa Penyediaan: 10 Minit |
  • Masa Memasak:20 Minit |
  • Jumlah Hidangan:3 orang makan

Oleh: Che' Nom

Resepi Siakap Stim Lemon yang sedah dan cepat untuk di sediakan, menggunakan lemon sebagai bahan utama untuk menambahkan lagi rasa segar ikan apabila distim

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 3 sudu besar jus lemon
  • 1 batang serai dititik
  • Daun bawang
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 biji tomato, hiris nipis
  • 1 biji cili merah, hiris nipis
  • Bahan hiris halus:
  • 2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan ikan dan kelar di kedua belah bahagian.
  2. Di dalam loyang, sapukan ikan dengan sedikit garam dan taburkan dengan halia, bawang kecil dan bawang putih.
  3. Perahkan jus lemon, anggaran 3 sudu besar di atas ikan. Masukkan serai, kemudian tuang sedikit air ke dalam loyang bersama bancuhan tepung jagung dan sedikit gula.
  4. Tuang sos ikan dan kukus selama 15 minit.
  5. Buka tudung pengukus dan taburkan tomato, cili merah, daun bawang dan sedikit hirisan lemon. Kukus kembali selama 5 minit.
  6. Angkat dan hidangkan.

Siakap Goreng Sos Plum

  • Masa Penyediaan: 20 minit |
  • Masa Memasak:15 minit |
  • Jumlah Hidangan:3 orang

Oleh: Che' Nom

Resepi Siakap Goreng Sos Plum, rasanya sungguh sedap sekali. Masakan ini tidak memerlukan bahan yang banyak, dan bahan utamanya ialah sos plum. Sos plum berwarna perang kekuningan, pekat dan mempunyai rasa masam dan manis. Selalunya digunakan dalam masakan Cina dan juga sebagai sos pencicah. Che Nom sarankan anda cuba resepi ini, terutama kepada sesiapa yang inginkan kelainan dalam masakan ikan bergoreng. Selamat mencuba :)

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • sedikit garam
  • daun ketumbar ATAU daun bawang, untuk taburan
  • Bahan untuk kuah sos plum:
    • 1/2 cawan sos plum
    • 2 sudu besar sos cili Thai
    • 1 sudu besar sos ikan
    • 2 biji bawang merah, hiris nipis
    • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
    • 1 inci halia muda, hiris nipis memanjang seperti mancis
    • 1 biji bawang besar, potong membulat atau wedges
    • 4 biji cili padi, hiris nipis
    • 1 biji limau nipis, perah jus

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali, pastikan cukup untuk 'deep fry' ikan siakap.
  2. Bersihkan ikan, sapu sedikit garam dan salut dengan tepung jagung. Goreng sehingga masak dan garing.
  3. Cara-cara untuk sos plum:
    1. Panaskan 2 sudu besar minyak masak kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan halia muda sehingga naik bau.
    2. Masukkan sos plum, sos cili Thai, jus limau nipis, sos ikan dan cili padi. Kacau sehingga kuah masak. Tambah sedikit air untuk kepekatan kuah yang sesuai.
    3. Masukkan bawang besar dan garam secukupnya. Tidak perlu dimasukkan gula lagi kerana sos plum sudah manis.
    4. Tuang kuah sos plum di atas ikan siakap goreng dan tabur dengan daun ketumbar atau daun bawang.

Siakap Stim Asam Boi

  • Masa Penyediaan: 15 minit |
  • Masa Memasak:20 minit |
  • Jumlah Hidangan:4 orang

Oleh: Che' Nom

Resepi Siakap Stim Asam Boi, bagi sesiapa yang inginkan sesuatu yang agak lain dalam masakan ikan dan tak pasti dari mana asal resepi. Asam boi memberikan rasa masam dan manis pada kuah ikan siakap yang di stim. Che Nom gunakan asam boi putih. Rasanya sangat sedap! Cubalah.

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor siakap, bersihkan
  • 5 biji asam boi
  • 3 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 3 biji bawang merah, hiris nipis
  • 2 inci halia, potong halus seperti batang mancis
  • 1/2 batang karot, potong halus seperti batang mancis
  • 2 sudu besar sos ikan Thai
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 1 biji kimau nipis
  • 1/2 cawan air
  • 1 biji tomato, potong 4
  • 4-5 tangkai daun ketumbar

Cara Penyediaan:

  1. Letak ikan di atas loyang, atau dulang tahan panas.
  2. Tabur hirisan bawang putih, bawang merah, halia, asam boi dan karot.
  3. Tuang bancuhan air tepung jagung, sos ikan Thai dan perahan jus limau nipis.
  4. Tabur garam sedikit gula. Kukus selama 15 minit.
  5. Selepas 15 minit, buka kukusan dan tabur daun ketumbar bersama tomato. Sambung kukus selama 5 minit. Angkat dan hidangkan.