Ukuran Sudu dan Cawan

Oleh: Che' Nom

Ukuran yang tepat sangatlah penting untuk setiap masakan dan baking. Dalam artikel ini Che' Nom akan menerangkan cara mudah untuk membuat ukuran dengan menggunakan sudu dan cawan. Ukuran ini digunakan di iResipi.com untuk masakan yang tidak memerlukan kejituan yang tinggi. Cawan dan sudu ini mudah didapati dan boleh dibeli dimana-mana kedai bakeri.

Makanan yang tidak memerlukan kejituan yang tinggi adalah seperti muffin, manakala makanan yang memerlukan kejituan yang tinggi adalah seperti kek. 

Gambar cawan adalah seperti yang tertera di atas. Bahan yang menggunakan cawan adalah seperti tepung dan gula.

Setelah bahan seperti tepung diceduk dari bekas, ia haruslah diratakan menggunakan pisau.

Cawan ke ml adalah seperti berikut:

  • 1/4 cawan-60ml
  • 1/3 cawan-80ml
  • 1/2 cawan-125ml
  • 1 cawan-250ml

Bahan yang menggunkan sudu adalah seperti baking powder dan essen vanilla.

Sudu ke ml adalah seperti berikut:

  • 1/4 sudu-1.25ml
  • 1/2 sudu-2.5ml
  • 1 sudu-5ml
  • 2 sudu-10ml
  • 1 sudu bsar (bersamaan 4 sudu) - 20ml

Harus dingatkan walaupun jumlahnya adalah sama jika diukur menggunakan sudu dan cawan, setiap bahan mempunyai
berat yang berlainan, contohnya 1 cawan tepung beratnya 125gram, manakala 1 cawan gula beratnya 250gram.

Resepi Berkaitan: